Lawatan KSSR dan PBS SJKT daerah Seberang Perai Selatan

Jumaat, 19 Oktober 2012.

LAWATAN  KSSR DAN PBS DARI SJKT DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Hari ini ada lawatan dari SJKT dari Daerah Seberang Perai Selatan. Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan KSSR dan PBS di SKA. PK HEM dan PK KK menyambut tetamu-tetamu dari SPS yang tiba lebih kurang jam 8.30 pagi dan terus ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat. Taklimat disampaikan oleh orang kuat SKA iaitu Cikgu Muthu dan dipengerusikan oleh Cikgu Yusniza. Taklimat berjalan dengan lancar dan apabila taklimat selesai, para tetamu di bawa melawat ke bilik gerakan PBS. Daripada soal selidik yang dijalankan, mereka berpuas hati dengan lawatan hari ini dan berharap mereka dapat mengadakan lawatan susulan seterusnya.

admin